awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sokong peralihan kepada tenaga hijau berasaskan keperluan, realiti

Bernama
Bernama
18/01/2023
02:00 MYT
Malaysia sokong peralihan kepada tenaga hijau berasaskan keperluan, realiti
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hab setempat dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN akan memastikan kemajuan dalam peralihan itu. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Trend ke arah tenaga lestari, terutama dalam kalangan negara membangun, mesti dimajukan dengan melihat kepada keperluan dan realiti tempatan, menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia pada Selasa.
Menekankan pentingnya proses peralihan tenaga yang adil, Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pada sesi ke-13 perhimpunan Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA) bahawa hab setempat dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN akan memastikan kemajuan dalam peralihan itu, lapor Xinhua.
Beliau berkata hab seperti itu akan membolehkan sokongan setempat dan kerjasama dalam mempercepat usaha peralihan tenaga oleh negara di setiap rantau melalui pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal.
Perhimpunan IRENA berlangsung selama dua hari pada 14-15 Jan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
IRENA yang mempunyai 168 ahli adalah agensi antara kerajaan yang memudahkan kerjasama dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#ASEAN
#tenaga lestari
#IRENA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan