awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tangani krisis lebih baik berbanding negara lain, kata Salleh Said Keruak

Bernama
Bernama
22/01/2018
00:01 MYT
Malaysia tangani krisis lebih baik berbanding negara lain, kata Salleh Said Keruak
Salleh berpendapat berpendapat penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau Perdana Menteri. - Gambar fail
Malaysia dapat menangani krisis yang dihadapinya dengan lebih baik berbanding banyak negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata dengan dunia sedang berdepan pelbagai krisis, Malaysia turut menerima kesannya.
Namun, beliau berpendapat penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau Perdana Menteri.
"Pakatan Harapan memberitahu rakyat bahawa Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan Perdana Menteri," katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam ini.
Merujuk kepada Amerika Syarikat dan United Kingdom, beliau berkata kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan Amerika Syarikat mengamalkan sistem kerajaan republik manakala United Kingdom melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.
"Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik," katanya sambil memberitahu bahawa kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha untuk kekal relevan.
Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di Amerika Syarikat dan United Kingdom bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik dan ekonomi yang dihadapi mereka, malah menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
"Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna, penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau Perdana Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ekonomi
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#menteri
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Salleh Said Keruak
#UMNO
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan