awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegaskan sokongan terhadap kedaulatan Qatar - Anwar

Bernama
Bernama
25/03/2026
13:16 MYT
Malaysia tegaskan sokongan terhadap kedaulatan Qatar - Anwar
Anwar berkata dalam perbualan berkenaan beliau dan Sheikh Mohammed turut bertukar-tukar ucapan sempena Aidilfitri serta menzahirkan keprihatinan terhadap situasi keselamatan di Asia Barat yang kian meruncing. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Malaysia secara tegas menyatakan sokongan terhadap kedaulatan Qatar dan mengecam keras serangan yang menyasarkan kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) Ras Laffan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, Anwar berkata Malaysia menyifatkan infrastruktur tenaga berkenaan sebagai kritikal kepada ekonomi global.
Perdana Menteri berkata beliau dan rakan sejawatnya itu turut sependapat bahawa semua pihak perlu meredakan ketegangan dan kembali kepada dialog serta diplomasi demi kestabilan serantau.
“Moga keamanan di Asia Barat dapat segera dipulihkan, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Anwar berkata dalam perbualan berkenaan beliau dan Sheikh Mohammed turut bertukar-tukar ucapan sempena Aidilfitri serta menzahirkan keprihatinan terhadap situasi keselamatan di Asia Barat yang kian meruncing.
Beliau turut merakamkan takziah atas tragedi nahas helikopter yang meragut nyawa anggota Angkatan Tentera Qatar serta warga Turkiye dan menzahirkan solidariti kepada keluarga mangsa.
Ras Laffan ialah terminal eksport LNG terbesar di dunia, dan bertanggungjawab untuk kira-kira 20 peratus bekalan global.
Tahun lepas, Qatar mengeksport 81 juta tan LNG, dengan kira-kira 90 peratus daripadanya untuk pasaran Asia.
Serangan ke atas kemudahan berkenaan pada 18 Mac lepas menyebabkan gangguan kira-kira 5.8 juta tan bekalan LNG bagi bulan Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LNG Ras Laffan
#Qatar
#serangan
#gangguan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan