awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus perkukuh keupayaan teknologi tempatan

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2026
03:34 MYT
Malaysia terus perkukuh keupayaan teknologi tempatan
Chang berkata konflik geopolitik turut memberi kesan kepada pasaran tenaga global yang menegaskan kepentingan negara untuk terus memperluas sumber tenaga alternatif dan mempercepat peralihan kepada sumber tenaga lebih mampan. - Gambar Facebook
Malaysia terus memperkukuh keupayaan teknologi tempatan melalui pembangunan kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, teknologi digital dan ekosistem inovasi yang lebih kukuh agar negara mempunyai kawalan strategik terhadap teknologi yang menjadi tulang belakang ekonomi masa hadapan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang berkata konflik di Asia Barat menjadi peringatan dunia berada dalam keadaan semakin tidak menentu dan dalam situasi seperti itu, keutamaan setiap negara ialah memastikan ketahanan nasional sama ada ekonomi, tenaga, teknologi atau keselamatan rantaian bekalan.
“Malaysia juga tidak terkecuali daripada realiti ini. Antara pengajaran penting daripada krisis global yang berulang ialah kepentingan kedaulatan teknologi. Negara tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada teknologi luar bagi sistem kritikal yang melibatkan data, komunikasi, keselamatan siber dan infrastruktur digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Chang berkata konflik geopolitik turut memberi kesan kepada pasaran tenaga global yang menegaskan kepentingan negara untuk terus memperluas sumber tenaga alternatif dan mempercepat peralihan kepada sumber tenaga lebih mampan.
Beliau berkata kepelbagaian dalam campuran tenaga negara bukan sahaja penting untuk kelestarian alam sekitar, malah menjadi faktor penting dalam menjamin keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang.
“Walaupun krisis sering membawa ketidakpastian, sejarah menunjukkan ia juga membuka ruang kepada inovasi dan pembaharuan. Malaysia perlu melihat perkembangan ini sebagai peringatan untuk terus membina daya tahan negara melalui sains, teknologi dan inovasi.
“Dengan pendekatan yang berteraskan ilmu, kerjasama dan kepimpinan yang bertanggungjawab, kita boleh memastikan negara kekal berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya.
Chang bagaimanapun berkata perkembangan teknologi turut menimbulkan cabaran baharu seperti teknologi AI, analitik data dan media digital boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk penyebaran maklumat tidak tepat dalam situasi konflik.
Justeru, penggunaan teknologi perlu berpaksikan etika, tadbir urus yang bertanggungjawab dan kesedaran masyarakat supaya teknologi tidak disalahgunakan sehingga memburukkan lagi keadaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik
#Asia Barat
#geopolitik
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan