awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia zahir takziah anggota pengaman Indonesia terkorban di Lubnan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
31/03/2026
04:58 MYT
Malaysia zahir takziah anggota pengaman Indonesia terkorban di Lubnan
Sebarang serangan ke atas misi pengaman UNIFIL merupakan pelanggaran yang serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi 1701 (2006) Majlis Keselamatan PBB. - Gambar/ Reuters
Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerajaan Indonesia berikutan insiden yang mengorbankan seorang anggota pengaman dan mencederakan tiga yang lain di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas misi pengaman UNIFIL merupakan pelanggaran yang serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi 1701 (2006) Majlis Keselamatan PBB.
“Malaysia menyeru semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk pelaksanaan Resolusi 1701 (2006) Majlis Keselamatan PBB serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan, bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman PBB dan melindungi orang awam dan infrastruktur awam tanpa kompromi,” katanya.
Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan akauntabiliti.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar turut memaklumkan bahawa anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang sedang berkhidmat di bawah panji UNIFIL dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Indonesia pada Isnin mengesahkan bahawa seorang anggota pengamannya maut manakala tiga yang lain cedera selepas bedilan artileri tidak langsung mengenai satu pos UNIFIL di selatan Lubnan.
Menurut Kementerian Luar Indonesia, insiden berkenaan berlaku berhampiran Adchit al-Qusayr pada Ahad malam waktu tempatan (29 Mac), di tengah-tengah permusuhan berterusan antara tentera Israel dan kumpulan bersenjata di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#anggota pengaman Indonesia
#UNIFIL
#lubnan
#kekejaman israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan