awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysiakini bersalah siar komen pembaca

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2021
03:34 MYT
Malaysiakini bersalah siar komen pembaca
Ini merupakan kali pertama Malaysiakini menghadapi tuduhan menghina mahkamah sepanjang 21 tahun penubuhannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Portal berita MalaysiaKini didapati bersalah menghina mahkamah kerana menyiar komen pembaca yang menyerang badan kehakiman dan diarah membayar denda RM500,000.
Mahkamah bagaimanapun mendapati responden kedua, iaitu ketua pengarang MalaysiaKini, Steven Gan tidak bersalah.
Keputusan dibuat panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Rohana Yusuf.
Rohana menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan keputusan yang tidak bersetuju adalah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathamanathan.
Rohana ketika menyampaikan keputusan itu berkata, mahkamah mempunyai kewajipan memandang serius tindakan menghina mahkamah, yang akhirnya merosakkan sistem keadilan di Malaysia.
Prosiding menghina mahkamah terhadap Mkini Dot Com Sdn Bhd dan Steven Gan dimulakan oleh Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun pada 15 Jun tahun lalu.
Ia berhubung komen lima pembaca dalam laporan berita Malaysiakini bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1”, yang didakwa bersifat menghina.
Ini merupakan kali pertama Malaysiakini menghadapi tuduhan menghina mahkamah sepanjang 21 tahun penubuhannya.
Topic Berkaitan
#Malaysiakini
#mahkamah
#Steven Gan
#Hakim Mahkamah Persekutuan
#sistem keadilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan