awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Thailand setuju buka pintu sempadan 24 jam, bina dua jambatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/10/2018
12:30 MYT
Malaysia-Thailand setuju buka pintu sempadan 24 jam, bina dua jambatan
Dr Mahathir dan Jen Prayut melihat hidangan makanan tradisi Thailand pada majlis makan malam sempena lawatan rasmi beliau ke Thailand di Rumah Kerajaan, di Bangkok, malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari dalam menggalakkan perdagangan bagi kedua-dua buah negara.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah itu termasuk membina dua buah jambatan merentasi Tak Bai di Pengkalan Kubor dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.
“Kerjasama sebegini akan membantu menggalakkan pertumbuhan kekayaan kedua-dua buah negara kerana perdagangan meningkatkan kekayaan negara.
“Kita sepatutnya membantu dalam proses perdagangan, terutama perdagangan rentas sempadan.
“Kita akan usahakan seperti sempadan di Bukit Kayu Hitam akan memudahkan rakyat Thailand dan barangan perdagangan mememasuki Malaysia serta dari Malaysia ke Thailand,” katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatnya, Jen Prayut Chan-o-cha di Bangunan Pentadbiran Kerajaan di sini hari ini.
Ia sebahagian daripada lawatan kerja dua hari beliau ke negara Gajah Putih itu.
Dalam lawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa kerajaan Thailand masih belum bersedia untuk membuka pintu sempadan 24 jam sehari.
Topic Berkaitan
#24 jam
#Bukit Kayu Hitam
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pengkalan Kubor
#perdagangan
#Perdana Menteri
#pintu sempadan
#Prayut Chan-O-Cha
#Rantau Panjang
#Sungai Golok
#tak bai
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan