awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Man Siam tikam rakan diberkas polis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2021
02:39 MYT
Man Siam tikam rakan diberkas polis
Menurut Abdul Rahim, pihak polis masih mengesan senjata yang digunakan suspek yang dipercayai sebilah golok kecil. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Suspek kes yang menikam rakannya akibat terpijak kepala semasa tidur di Kok Lanas pada Rabu berjaya diberkas polis, petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi memaklumkan perkara tersebut dan suspek atau lebih dikenali sebagai 'Man Siam' ditahan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
"Kami berjaya tahan suspek pada jam 2.45 petang dan ketika itu dia sedang bersembunyi di dalam semak tidak jauh dari tempat kejadian. Permohonan reman akan dibuat nanti," katanya.
Menurutnya, pihak polis masih mengesan senjata yang digunakan suspek yang dipercayai sebilah golok kecil.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Man Siam yang berusia 20an tersebut didakwa bertindak menikam kenalannya yang berumur 38 tahun kerana mangsa dipercayai terpijak kepala suspek semasa sedang tidur.
Kejadian yang berlaku jam 11.46 malam itu berlaku berhampiran reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tikam
#rakan
#Man Siam
#polis
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan