awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak meningkat, satu lagi PPS dibuka

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/11/2022
00:50 MYT
Mangsa banjir di Perak meningkat, satu lagi PPS dibuka
Semalam, 10 orang dari sebuah keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Matang, Merbau, Sungai Tinggi di daerah Larut Matang Selama. - Gambar fail
IPOH: Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 40 orang dari tujuh keluarga, berbanding 10 orang dari sebuah keluarga, semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Batu 8, Changkat Jong di daerah Hilir Perak, pada 7 pagi ini.
Menurutnya, PPS itu menempatkan 30 mangsa dari enam keluarga di Kampung Lorong Mesra, Batu 7 1/2 Changkat Jong.
“Mangsa terbaharu terdiri daripada 13 lelaki dan 17 perempuan dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Semalam, 10 orang dari sebuah keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Kampung Matang, Merbau, Sungai Tinggi di daerah Larut Matang Selama.
PPS itu dibuka pada 3 petang selepas rumah mangsa di Kampung Permatang Kerian, Sungai Tinggi dinaiki air.
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir Perak
#mangsa banjir
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan