awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA

Bernama
Bernama
18/04/2024
02:00 MYT
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Paras air Sungai Klang di Pekan Meru, Klang dan Sungai Besut di Kampung La, Jerteh masing-masing merekodkan tahap bahaya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi, berbanding 1,319 tengah malam tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tiga PPS dibuka di Selangor iaitu masing-masing satu di daerah Klang yang menempatkan 204 mangsa daripada 57 keluarga, Kuala Selangor (48 mangsa / 12 keluarga) dan Petaling (382 mangsa / 90 keluarga).
Di Negeri Sembilan, dua PPS iaitu di Rembau menempatkan 10 mangsa (empat keluarga) dan Port Dickson dengan 67 mangsa (tujuh keluarga), manakala di Melaka, hanya satu PPS di Alor Gajah melibatkan 48 mangsa (11 keluarga).
Sementara itu, paras air Sungai Klang di Pekan Meru, Klang (Selangor) dan Sungai Besut di Kampung La, Jerteh (Terengganu) masing-masing merekodkan tahap bahaya.
Paras air Sungai Duyong di Bemban, Melaka, Sungai Linggi dekat Pekan Linggi di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor pula pada tahap amaran.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#paras air sungai
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan