awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa lemas di Bagan Datoh akhirnya ditemui

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/01/2016
11:23 MYT
Mangsa lemas di Bagan Datoh akhirnya ditemui
Pegawai JPAM menunjuk ke arah mayat yang ditemui di tebing sungai. - Astro AWANI
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menemui mayat seorang lelaki dipercayai lemas di sekitar jeti memancing ikan di Jeti Bagan Datoh, pada pagi Khamis.
Mangsa, Mohd Fairul Nizam Ahmad, 37, yang berasal dari Selekoh, ditemui sekitar empat kilometer daripada lokasi di mana mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
Pegawai Pertahanan Awam Bagan Datoh, SM Mohd Zaidi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada Selasa malam.
"Mangsa ditemui pada jarak empat kilometer dari persiaran Kayan sekitar pukul 11.22 pagi, agak jauh daripada jeti di mana mangsa terjatuh.
"Kami mengambil masa agak lama untuk mencari mangsa walaupun skop pencarian diluaskan sekitar 15 kilometer radius berikutan hari gelap selama dua hari sebelum ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pagi ini.
Pihak berkuasa mengangkat mayat mangsa yang ditemui.
Pihak berkuasa mengangkat mayat mangsa yang ditemui.
Mayat mangsa dijumpai empat kilometer dari tempat asal.
Mayat mangsa dijumpai empat kilometer dari tempat asal.
Sebuah pos kawalan bomba dibuka bagi mengumpulkan maklumat mengenai mangsa serta keseluruhan operasi dibantu oleh 23 anggota termasuk Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Mohd Zaidi berkata pihaknya menggunakan teknik surface-searching di kawasan permukaan dan sepanjang tebing sungai untuk mengesan mayat mangsa.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#jeti Bagan Datoh
#mati lemas
#Memancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan