awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa putus tangan kanan dalam kemalangan di Machang

Bernama
Bernama
16/10/2014
14:36 MYT
Mangsa putus tangan kanan dalam kemalangan di Machang
Seorang lelaki putus tangan kanan selepas kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 40.8 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai. -Gambar fail
Seorang lelaki putus tangan kanan selepas kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 40.8 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, dekat Machang hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Kamal Azural Mohamed berkata dalam kejadian pada 2.30 petang itu, kereta yang dipandu Muhamad Ruqaimin Rusdi, 30-an, dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori dari arah Kota Baharu.
"Mangsa putus tangan kanan akibat pelanggaran itu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia manakala pemandu lori tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Kamal Azural, tangan mangsa tercampak sejauh 15 meter dari lokasi kemalangan.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Abdul Kadir Che Ya berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.45 petang dan sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Topic Berkaitan
#kamal azurai
#Kota Baharu
#machang
#Putus Tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan