awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
Trump dakwa seorang lagi kru pesawat AS yang ditembak jatuh berjaya diselamatkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa ribut di Taiping berkurangan pagi ini

Bernama
Bernama
25/02/2026
01:26 MYT
Mangsa ribut di Taiping berkurangan pagi ini
Pada Selasa, kejadian ribut telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan. - Gambar ihsan APM Perak
Jumlah mangsa terjejas akibat ribut dan pokok tumbang di Taiping mencatatkan penurunan kepada 30 orang setakat pagi ini berbanding 92 orang, malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa daripada 22 keluarga itu ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Kaya dalam daerah Larut, Matang, Selama semalam.
"Kesemua mangsa adalah penduduk dari Taman Damai, Taman Ria, Taman Kaya, Taman Desa Cemerlang dan Batu 2 1/2 ," menurut sekretariat dalam kenyataan hari ini.
Semalam, kejadian ribut telah menyebabkan beberapa kerosakan termasuk rumah ditimpa pokok, bumbung diterbangkan angin, bumbung premis perniagaan runtuh serta kerosakan khemah bazar Ramadan.
Susulan itu, mangsa yang terlibat tidak dapat memasuki kediaman masing-masing kerana kerja-kerja pembersihan rumah tidak dapat dilaksanakan semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut memaklumkan beberapa daerah di Perak diramal mengalami hujan dan ribut di sebelah petang membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiping
#ribut
#mangsa ribut
#Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan