awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa tanah runtuh sepatutnya pulang ke Kota Kinabalu - Anak

Bernama
Bernama
12/03/2026
14:57 MYT
Mangsa tanah runtuh sepatutnya pulang ke Kota Kinabalu - Anak
Walter Kenson (tiga dari kanan) menyerahkan bantuan wang ihsan kepada Lionel Aaron Lingam iaitu anak kepada mangsa tanah runtuh, Agustine Frederick J Lingam pada majlis penyerahan bantuan pada Khamis. - Gambar Bernama
Seorang lelaki warga emas yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berdekatan Bangunan Blok 10 di sini sepatutnya pulang ke Kota Kinabalu untuk bertemu keluarga pada Rabu.
Anak mangsa, Lionel Aaron Lingam, 45, berkata bapanya, Agustine Frederick J Lingam, 76, telah bersiap untuk ke Kota Kinabalu menaiki pesawat pada 11 pagi, namun hasrat itu tidak kesampaian akibat kejadian pagi semalam.
Beliau berkata, semua keluarga berada di Kota Kinabalu kerana bapanya berasal dari Beaufort dan membesar di Papar sebelum bekerja lebih 30 tahun di Sandakan, termasuk empat tahun dalam sektor perhotelan.
“Saya bergegas ke Sandakan selepas mendengar berita yang menimpa bapa, luluh hati. Beg baju dia sudah kemas, tiket penerbangan pun ada. Dia bersedia ke Kota Kinabalu tetapi malangnya berlaku bencana,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan bencana daripada Kerajaan Negeri Sabah bernilai RM10,000 yang disampaikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson, di sini, pada Khamis.
Lionel yang menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas bantuan tunai itu berkata, jenazah bapanya dibawa pulang ke Kota Kinabalu bagi upacara pengebumian, bagaimanapun lokasi tersebut belum ditentukan.
“Bapa cukup suka tinggal di Sandakan. Saya berterima kasih kepada agensi kerajaan terlibat dalam membantu mengeluarkan bapa daripada runtuhan tanah. Mereka lakukan dengan cepat,” katanya.
Sementara itu, Walter berkata, MPS meletakkan satu notis penutupan sementara di Bangunan Blok 10, Lebuh 4, di sini, bagi menunggu hasil penyiasatan keselamatan struktur lereng bukit kawasan terjejas.
“Saya jangka siasatan itu akan mengambil masa beberapa hari, termasuk melihat kepada keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. Kita akan berusaha untuk mengeluarkan laporan teknikal secepat mungkin.
“Bangunan tidak boleh dimasuki kerana keadaan membahayakan dan penghuni bangunan itu kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Masyarakat Bandar Sandakan. Kita akan maklumkan status keadaan mereka,” katanya.
Turut disampaikan pada majlis itu ialah empat bakul makanan, masing-masing dua daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Lionel.
Agustine maut tertimbus tanah runtuh di belakang sebuah hotel Bangunan Blok 10 di sini dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam selepas cuba menghidupkan generator hotel akibat gangguan bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#warga emas
#Bangunan Blok 10
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan