awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terakhir bot karam di Tenom ditemukan

Bernama
Bernama
25/09/2021
05:22 MYT
Mangsa terakhir bot karam di Tenom ditemukan
Dalam kejadian pada petang Rabu lalu (22 Sept), bot yang dinaiki empat individu untuk menyeberangi Sungai Padas, karam selepas pulang dari membeli barang keperluan dan dua daripada mereka sempat menyelamatkan diri. - Foto JBPM
BEAUFORT: Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Kampung Kalandos, Pangi, Tenom pada 22 Sept lalu ditemukan pada pukul 7.50 pagi di Kampung Batu 64, Beaufort hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata mayat Joseph Sayah, 55, ditemukan oleh orang awam.
"Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke tebing sungai dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Misran berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot karam bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.55 pagi.
Dalam kejadian pada petang Rabu lalu (22 Sept), bot yang dinaiki empat individu untuk menyeberangi Sungai Padas, karam selepas pulang dari membeli barang keperluan dan dua daripada mereka sempat menyelamatkan diri.
Bagaimanapun dua lagi individu dilaporkan hilang dan pada Khamis lepas (23 Sept) salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas oleh orang awam pada 23 Sept di Sungai Padas Batu 60 di sini pada pukul 4.45 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#mangsa ditemui
#tragedi Tenom
#Bomba Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan