awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas biji gandum dari Australia bernilai lebih RM20 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
14:02 MYT
MAQIS rampas biji gandum dari Australia bernilai lebih RM20 juta
Bijian gandum yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta dibawa masuk ke negara ini melalui kapal kargo pukal itu dirampas sewaktu pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), Sabtu lepas. - Astro AWANI
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 14,000 tan bijian gandum dari Australia yang cuba dibawa masuk ke negara ini pada Sabtu Lepas.
Bijian gandum yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta dibawa masuk ke negara ini melalui kapal kargo pukal itu dirampas sewaktu pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), Sabtu lepas.
Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib, berkata pemeriksaan pada jam 2.30 petang itu mendapati syarikat terbabit melakukan kesalahan dengan mengemukakan maklumat yang berbeza dan mengelirukan pada Permit Import Maqis yang sah.
"Semasa pemeriksaan anggota kita mendapati kapal kargo pukal itu membawa bijian gandum dan maklumat berkaitan dagangan itu berbeza.
"Oleh itu, pihak MAQIS menahan kesemua dagangan berjumlah RM20 juta berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, pengimportan dengan mengemukakan maklumat yang tidak tepat akan disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
“Dalam akta ini, mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Topic Berkaitan
#bijian gandum
#maqis
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#Australia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan