awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis tahan anjing German Shepherd di KLIA

Bernama
Bernama
18/04/2021
03:58 MYT
Maqis tahan anjing German Shepherd di KLIA
Haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut. - Foto BERNAMA
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor anjing baka 'German Shepherd' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lepas selepas nombor mikrocip pada haiwan itu didapati berbeza dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.
Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata kesalahan tersebut dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen dan fizikal haiwan itu dilakukan di kawasan pemeriksaan Maqis KLIA pada kira-kira 2.30 petang dan haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut.
Mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan katanya.
"Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#anjing
#German Shepherd
#KLIA
#dokumen
#permit import
#mikrocip
#zamri hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan