awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara teruskan Skim Pinjaman Pelajaran ke luar negara

Bernama
Bernama
31/10/2018
14:20 MYT
Mara teruskan Skim Pinjaman Pelajaran ke luar negara
Mara menerima peruntukan RM2 bilion bagi membiayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan meneruskan Skim Pinjaman Pelajaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Mara menerima peruntukan RM2 bilion bagi membiayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.
"Kementerian melalui Mara sentiasa fokus dalam melahirkan graduan yang profesional dan kompeten serta mengutamakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai sama ada kementerian masih meneruskan skim pinjaman pelajaran Mara.
Jawapan bertulis itu diedarkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut kementerian itu, permohonan pinjaman itu perlu memenuhi syarat antaranya kumpulan B40, cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa (mendapat 8A) dan pelajar cemerlang Institusi Pendidikan Mara (IPMa).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#Dewan Rakyat
#Ismail Mohamed Said
#luar negara
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Skim Pinjaman Pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan