awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia atur gerak lapan aset pada perayaan, kerjasama dengan Filipina

Bernama
Bernama
19/03/2025
14:10 MYT
Maritim Malaysia atur gerak lapan aset pada perayaan, kerjasama dengan Filipina
Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata selain itu pihaknya juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam memperkukuh lagi kawalan keselamatan. - IG sandakanfm_901
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan meningkatkan pengoperasian menjelang musim perayaan dengan mengatur gerak sehingga lapan aset di laut di sini, bagi menangani jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata selain itu pihaknya juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam memperkukuh lagi kawalan keselamatan.
"Kita ada kerjasama dengan Philippine Coast Guard serta Philippine Navy dalam menjamin keselamatan sempadan laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam pada itu Ahmad Firdaus berkata kerjasama itu dibuktikan melalui bantuan menyelamat enam mangsa bot karam dari Filipina yang hanyut ke perairan negara pada Ahad.
"Maritim Malaysia Sandakan menerima maklumat terdapat sebuah kapal yang bergerak dari Turtle Island di Taganak, Filipina menuju ke Tawi-Tawi, Filipina, karam dan sebahagian mangsa hanyut ke perairan Malaysia.
"Kita telah mengatur dua aset Halilintar 4 dan KM Belud menuju ke lokasi yang mengambil masa lebih kurang satu jam berikutan cuaca buruk dan berjaya menemukan enam mangsa iaitu tiga lelaki, dua wanita serta seorang kanak-kanak yang hanyut. Mereka berjaya diselamatkan dan di bawa ke Sandakan," katanya lagi.
Beliau berkata kesemua mangsa berumur antara 11 hingga 45 tahun itu diserahkan kepada pihak berkuasa Filipina di sempadan perairan Malaysia-Filipina pada 10.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#jenayah rentas sempadan
#penyeludupan
#Filipina
#kerjasama
#musim perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan