awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden tembak: AKPS bakal dilengkapi senjata tahun ini
Kebersihan sekolah: Semua pelajar termasuk golongan bangsawan harus terlibat - PM Anwar
PM Pakistan alu-alukan gencatan senjata Lubnan, sokong usaha diplomatik Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup vape bernilai lebih RM500,000 ke negara jiran

Bernama
Bernama
08/03/2026
05:23 MYT
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup vape bernilai lebih RM500,000 ke negara jiran
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa (dua, kiri) ketika sidang media di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, hari ini. - Foto Bernama
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas hampir 16,500 unit peranti rokok elektronik (vape) bernilai lebih RM500,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang semalam.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata rampasan itu dibuat selepas pihaknya menahan sebuah lori semasa operasi penguatkuasaan pada 1.15 pagi di jeti itu menerusi hasil maklumat risikan gabungan Maritim Kedah dan Perlis serta Zon Maritim Kuala Perlis dan Zon Maritim Kuala Kedah.
"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan yang dipandu seorang lelaki bersama dua pekerja lelaki warga tempatan berumur antara 19 hingga 47 tahun membawa 56 kotak berwarna coklat mengandungi hampir 16,500 unit pelbagai jenis peranti vape.
“Peranti berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran menggunakan bot fiber yang menunggu di kawasan muara,” katanya pada sidang media di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, hari ini.
Romli berkata lori itu disyaki membawa barangan tersebut tanpa pengikraran yang sah dan kesemua peranti vape bersama tiga lelaki yang ditahan itu dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam 1967.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan akan terus mempergiat rondaan serta operasi penguatkuasaan di perairan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan khususnya menjelang musim perayaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#peranti vape
#negara jiran
#Kuala Perlis
#jeti
#LKIM
#Kuala Sanglang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan