awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim, TLDM kerah aset cari kru kapal jatuh laut

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2023
22:30 MYT
Maritim, TLDM kerah aset cari kru kapal jatuh laut
Seorang lelaki warga Indonesia dilaporkan terjatuh dari sebuah kapal di sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa. - Foto Maritim Selangor
KLANG: Dua aset dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi mengesan kru Kapal FV Shuenn Man No.23 yang terjatuh di laut di sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, kapal yang berasal dari Taiwan berkenaan dalam perjalanan menuju Pelabuhan Mauritius, Afrika.
"Mangsa Syaefullah, 27, seorang lelaki warga Indonesia dikatakan terjatuh ke dalam laut pada 10 Januari sekitar jam 10.57 pagi dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.
"Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju berwarna hijau gelap sebelum dilaporkan hilang di laut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Siva Kumar berkata, Operasi Carilamat yang dikoordinasi oleh Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru dimulakan sekitar jam 4 petang pada Selasa dan disambung jam 7 pagi tadi dengan bantuan Bot Perkasa 36 dan Kapal Diraja (KD) Teguh Samudera dari TLDM.
Katanya, operasi pada Rabu merangkumi keluasan seluas 46.98 batu nautika persegi menerusi Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) yang telah ditubuhkan di Jeti Maritim Negeri Selangor.
"Cuaca di lokasi hujan renyai dengan kelajuan angin sekitar 20 hingga 30 kilometer.
"Orang awam diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
"Sebarang aduan dan pelanggaran undang-undang serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," ujar beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Syaefullah
#FV Shuenn Man No 23
#Pulau Ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan