awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Masa itu hujan lebat dan ketika membaca Al-Quran tiba-tiba kilat...' - Jemaah imbas struktur masjid runtuh

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2019
09:27 MYT
'Masa itu hujan lebat dan ketika membaca Al-Quran tiba-tiba kilat...' - Jemaah imbas struktur masjid runtuh
Keadaan struktur tapak kubah Masjid Muhammad di Kampung Mengabang Tengah yang sedang dinaik taraf runtuh kira-kira pukul 10.30 malam tadi ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Empat jemaah Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah, di sini terkejut selepas sebahagian struktur masjid itu runtuh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa, runtuhan menyebabkan struktur yang masih dalam pembinaan itu terjejas.
Insiden itu dikatakan berlaku ketika hujan lebat sehingga menjejaskan hampir keseluruhan bahagian tengah masjid tersebut.
Seorang jemaah, Aziz Salleh berkata ketika kejadian dia bersama dua jemaah lain sedang bertadarus Al-Quran manakala seorang lagi sedang mengemas sejadah.
“Masa itu hujan lebat dan ketika membaca Al-Quran tiba-tiba kilat. Saya ingat kilat yang berbunyi tetapi rupa-rupanya bahagian atas runtuh dan kami meluru berlindung di bawah bim lama itulah,” katanya ketika menceritakan kembali detik kejadian.
Sebelum kejadian tersebut dikatakan lebih 100 ahli jemaah menunaikan solat sunat terawih di masjid itu dan selesai solat pada jam 9.30 malam. - Foto Bernama
Sebelum kejadian tersebut dikatakan lebih 100 ahli jemaah menunaikan solat sunat terawih di masjid itu dan selesai solat pada jam 9.30 malam. - Foto Bernama
Manakala seorang ahli jawatankuasa masjid, Abu Bakar @ Alias Jusoh berkata ketika itu dia sedang menyimpan sejadah dan terkejut sebaik terdengar bunyi yang kuat.
Katanya beberapa hari sebelum kejadian juga terdapat beberapa tanda pada masjid termasuk air yang melimpah ketika hujan di samping gegaran ketika kipas yang dipasang.
“Semasa saya sedang menyimpan sejadah tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang kuat daripada atas seolah-olah ada benda yang nak jatuh.
“Saya lari meluru ke hadapan dan dalam waktu yang sama saya dapati bahagian atas iaitu bahagian pembinaan atas telah runtuh,” katanya.
Sebelum kejadian tersebut dikatakan lebih 100 ahli jemaah menunaikan solat sunat terawih di masjid itu dan selesai solat pada jam 9.30 malam.
Difahamkan, masjid yang berusia lebih 100 tahun dan boleh menampung sehingga 1,000 jemaah itu kini dalam proses dinaik taraf namun, masih digunakan untuk solat sunat terawih.
Bagaimanapun tiada kecederaan jiwa dilaporkan.
Topic Berkaitan
#jemaah
#Kuala Terengganu
#masjid
#Masjid Haji Muhammad
#masjid runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan