awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air di Selangor pulih tengah malam ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/12/2019
11:21 MYT
Masalah air di Selangor pulih tengah malam ini
SPAN memberi jaminan bahawa air yang diagihkan kepada pengguna adalah air yang disahkan bersih daripada pencemaran. - Astro AWANI/Shahir Omar
Masalah gangguan bekalan air di kawasan sekitar Selangor dijangka pulih secara berperingkat mulai tengah malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata pemulihan air itu melibatkan kira-kira 1.3 juta pengguna yang terjejas di kawasan tersebut.
“Kita (SPAN) telah diberitahu dalam mesyuarat tadi bahawa air akan mula mengalir kepada rumah-rumah di Selangor pada malam ini.
“Mereka (Air Selangor) telah mula mengalirkan air pada tengah hari tadi dan menstabilkan kedudukan air (di tangki-tangki Loji Rawatan) untuk digunakan ke rumah-rumah.
“Menjelang penghujung hari ini, air akan kembali,” katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut katanya, SPAN memberi jaminan bahawa air yang diagihkan kepada pengguna adalah air yang disahkan bersih daripada pencemaran.
Jelasnya, SPAN turut mengenal pasti punca pencemaran bau di Sungai Semenyih berpunca daripada pembuangan sisa bahan haram seperti minyak hitam, lemak makanan dan sis industri.
Terdahulu, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Susulan penutupan itu sebanyak 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Charles Santiago
#gangguan bekalan air
#kawasan terjejas
#Selangor
#SPAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan