awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah 'backlog' di Sabah dapat dikurangkan dalam tempoh tiga hari - Dr Rose Nani

Assim Hassan
Assim Hassan
23/08/2021
05:58 MYT
Masalah 'backlog' di Sabah dapat dikurangkan dalam tempoh tiga hari - Dr Rose Nani
Jabatan Kesihatan Sabah turut mengambil tindakan penambahbaikan dengan menggunakan perkhidmatan makmal swasta bagi membantu melancarkan ujian saringan.
KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif tinggi di Sabah yang disebabkan daftar lewat (backlog) dapat dikurangkan sekali gus diatasi dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, para petugas kesihatan giat bertugas di luar waktu kerja bagi melakukan ujian di makmal kesihatan awam negeri itu.
Jelasnya, Jabatan Kesihatan Sabah turut mengambil tindakan penambahbaikan dengan menggunakan perkhidmatan makmal swasta bagi membantu melancarkan ujian saringan.
"Sejak saringan besar-besaran dilakukan kita telah menambah baik keupayaan mesin untuk membuat ujian di makmal kesihatan awam Sabah.
"JKNS juga telah mengambil tindakan mendapatkan khidmat makmal swasta untuk membantu kita. Di samping itu petugas di makmal juga bertugas selepas waktu pejabat untuk melancarkan backlog ini.
"Justeru kita jangkan masalah backlog ini akan dapat dikurangkan dalam tempoh dua ke tiga hari lagi," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Sejak seminggu lalu, Sabah merekodkan angka kes positif COVID-19 yang tinggi melebihi 2,000 kes sehari.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataannya semalam memaklumkan, 2,651 kes positif dilaporkan di Sabah pada Ahad yang mana 1,639 daripada angka harian itu melibatkan daftar lewat.
Selain itu, daripada 2,651 kes positif pada Ahad, 2,541 melibatkan kategori satu dan dua; 12 kes (kategori tiga); enam (kategori empat) serta tujuh kes dalam kategori lima.
Topic Berkaitan
#Dr Rose Nani Mudin
#Pengarah Kesihatan Sabah
#masalah backlog
#masalah daftar lewat
#ujian saringan
#makmal Sabah
#makmal swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan