awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah moral libatkan pemimpin politik: Ini persepsi rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/02/2021
08:13 MYT
Masalah moral libatkan pemimpin politik: Ini persepsi rakyat
Laporan EMIR Research menyatakan, sejumlah 62 peratus peratus setuju bahawa wujud masalah moral dalam kalangan pemimpin politik. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Persoalan masalah moral yang dihadapi oleh sejumlah pemimpin politik ketika ini diakui oleh majoriti rakyat Malaysia.
Dapatan itu diperoleh EMIR Research dalam kaji selidik yang dilakukan pada suku keempat 2020 melibatkan 2,000 responden.
Laporan tersebut menyatakan, sejumlah 62 peratus responden bersetuju bahawa wujud masalah moral dalam kalangan pemimpin politik.
Ia merupakan pertambahan lebih 10 peratus berbanding hanya 49 peratus pada suku ketiga tahun 2020.
Sementara 23 peratus menyatakan tidak pasti, manakala 15 peratus lagi menyatakan tidak setuju dengan penyataan tersebut.
Dapatan tinjauan pendapat oleh EMIR Research pada suku keempat 2020.
Dapatan tinjauan pendapat oleh EMIR Research pada suku keempat 2020.
Dalam masa sama, 54 peratus responden setuju berkenaan keberkesanan langkah-langkah pencegahan rasuah di kalangan penjawat awam, sementara 78 peratus setuju untuk memerangi rasuah di agensi penguatkuasaan.
BACA: Majoriti rakyat Malaysia setuju sistem pendidikan satu aliran - Kajian
BACA: Majoriti rakyat Malaysia risau situasi ekonomi negara
Berkait pengurusan pentadbiran semasa COVID-19, 62 peratus responden kekal positif dengan usaha yang dilakukan untuk menangani wabak itu.
Berlaku sedikit penurunan berbanding 72 peratus yang bersetuju pada suku ketiga tahun 2020.
Namun, hanya 45 peratus maklum balas positif diterima berkait usaha menangani COVID-19 pasca Pilihan Raya Negeri Sabah.
Dapatan tinjauan pendapat oleh EMIR Research pada suku keempat 2020.
Dapatan tinjauan pendapat oleh EMIR Research pada suku keempat 2020.
Selain itu, kira-kira separuh daripada responden bersetuju untuk pengeluaran sekali gus dari Akaun 1 KWSP atau pengeluaran bulanan dari Akaun 1 KWSP.
Sebanyak 52 peratus bersetuju dengan pengeluaran sekali gus dari Akaun 1 KWSP, sementara 48 peratus bersetuju untuk pengeluaran dari Akaun 1 setiap bulan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#penjawat awam
#politik
#Rasuah
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#KWSP
#EPF
#masalah moral
#moral pemimpin politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan