Masih belum berakhir - Pep Guardiola optimis perebutan juara liga masih terbuka

Pemain Manchester City Phil Foden dan Erling Haaland kelihatan kecewa selepas tamat perlawanan EPL antara West Ham United dan Manchester City di Stadium London, London, Britain, 14 Mac 2026. REUTERS
KETUA jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, menjelaskan perebutan takhta juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 'masih belum berakhir' meskipun pasukannya tercicir mata selepas seri 1-1 berdepan West Ham di London, awal pagi tadi.
Keputusan itu meletakkan City berada sembilan mata di belakang Arsenal yang mendahului di puncak carta liga dengan masih berbaki lapan perlawanan.
Untuk rekod, skuad The Netizens hanya tewas sekali dalam 18 aksi terakhir mereka sebelum ini.
"Tidak, ia masih belum berakhir kerana kami tidak tewas. Mereka melakukan segala-galanya, berjuang, 24 percubaan.
"Kami perlu beraksi dengan lebih baik di bahagian pertahanan, kami tidak melakukan dan itu sahaja.
"Konsistensi yang kami miliki pada musim lalu kami tidak memilikinya musim ini," katanya.
— Manchester City (@ManCity) March 14, 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

