awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri
Majlis Tadabbur dan Khatam Al-Quran himpun 1,089 peserta di Perlis
Tiga lagi pemain Iran tolak suaka Australia tiba di Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tahan empat suspek curi kabel MRT Laluan Putrajaya

Naz Raseed
Naz Raseed
15/03/2026
03:52 MYT
PDRM tahan empat suspek curi kabel MRT Laluan Putrajaya
Kerjasama erat antara Unit Polis Bantuan Prasarana dan PDRM akan terus diperkukuh melalui usaha pemantauan secara berterusan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel MRT melibatkan Laluan Putrajaya menerusi satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Amir Hamdan dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan tersebut hasil maklumat risikan yang digerakkan secara bersama oleh Unit Polis Bantuan Prasarana serta pasukan PDRM dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 30 dan 45 tahun.
“Mereka turut dibawa ke lokasi kejadian bagi tujuan pengecaman serta membantu siasatan berkaitan barang kes yang ditemui,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Prasarana turut memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat sebelum ini berhubung kejadian kecurian sama di Stesen MRT Sri Damansara Barat pada 3 Mac lalu, yang seterusnya membawa kepada penahanan keempat-empat individu berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, insiden kecurian tersebut menyebabkan gangguan kepada operasi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya selama tiga hari.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan kesulitan kepada ribuan pengguna pengangkutan awam yang menggunakan perkhidmatan kendalian Prasarana setiap hari.
Mengulas lanjut, Amir berkata kerjasama erat antara Unit Polis Bantuan Prasarana dan PDRM akan terus diperkukuhkan melalui usaha pemantauan secara berterusan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel.
“Kerjasama strategik ini akan terus dipertingkatkan melalui rondaan keselamatan dan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan infrastruktur pengangkutan awam sentiasa terpelihara,” katanya.
Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada pasukan PDRM dari IPK Selangor atas tindakan pantas dan profesional dalam memberkas suspek serta membantu mempercepatkan proses siasatan.
Sehubungan itu, Prasarana memaklumkan pihaknya akan terus memperkukuh langkah keselamatan di sepanjang jajaran MRT Laluan Putrajaya termasuk meningkatkan rondaan keselamatan bagi memastikan keselamatan kemudahan pengangkutan awam negara sentiasa terjamin.
Orang ramai turut diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan kemudahan pengangkutan awam negara.
Topic Berkaitan
#MRT
#laluan putrajaya
#Curi Kabel
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan