awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat digesa jadi ‘mata dan telinga’ agensi bantu asnaf – Raja Muda Perlis

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2026
22:54 MYT
Masyarakat digesa jadi ‘mata dan telinga’ agensi bantu asnaf – Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin berkenan bertitah ketika berangkat menyempurnakan Program Ijtimak Amil Kariah Negeri Perlis, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), baru-baru ini. - Gambar MAIPs
Masyarakat disaran memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada agensi pemberi bantuan dengan menyalurkan maklumat mengenai mana-mana asnaf yang memerlukan terus kepada pihak berkaitan.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, cara terbaik ialah melalui saluran rasmi seperti amil kariah atau pemimpin masyarakat setempat bagi memastikan setiap kes keciciran dapat ditangani segera.
Baginda turut mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan ringkas atau mendapatkan gambaran sebenar sebelum menyebarkan sesuatu isu di media sosial bagi mengelakkan salah faham.
Menurut baginda, MAIPs dan pelbagai agensi menggunakan data e-Kasih sebagai rujukan utama dalam pengesahan status kemiskinan dan penyelarasan bantuan, termasuk kemungkinan individu yang tular sebenarnya sudah berada dalam senarai penerima atau sedang dalam proses menerima bantuan sewajarnya.
Titah berkenaan disampaikan ketika Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyempurnakan Program Ijtimak Amil Kariah Negeri Perlis, anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis, baru‑baru ini.
Ketibaan baginda disambut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Program berkenaan menghimpunkan seramai 100 amil zakat dari seluruh kariah di Perlis sebagai platform untuk memperkukuh peranan mereka dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat kepada golongan asnaf.
Ia turut bertujuan memberi taklimat dan penyelarasan berkaitan dasar, garis panduan serta tatacara pengurusan zakat bagi memastikan pelaksanaannya lebih sistematik, telus dan berkesan.
Melalui program itu, para amil turut diberikan pendedahan mengenai tanggungjawab serta amanah dalam memastikan kutipan zakat disalurkan tepat kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan pengurniaan agihan khas MAIPs kepada semua 100 amil yang terlibat.
Topic Berkaitan
#asnaf
#amil
#MAIPs
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail b
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan