awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee akan bertemu graduan kejuruteraan AMRC semasa lawatan kerja ke London

Bernama
Bernama
22/01/2019
20:32 MYT
Maszlee akan bertemu graduan kejuruteraan AMRC semasa lawatan kerja ke London
University of Sheffield Advanced Manufacturing Research Centre (AMRC) telah melatih lebih 1,300 perantis sejak dibuka empat tahun lepas. - Gambar fail
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan melawat University of Sheffield Advanced Manufacturing Research Centre (AMRC) pada 24 Jan ini, sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya ke London.
Beliau dijangka bertemu graduan bidang kejuruteraan AMRC dan meningkatkan peluang kerjasama strategik dengan rakan industri yang bekerjasama dengan universiti tersebut seperti Boeing, Airbus, Rolls-Royce, BAE Systems dan pembuat kereta berprestasi tinggi iaitu McLaren.
Lawatan kerja itu turut disertai Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff.
Menurut EMGS dalam satu kenyataan pada Selasa, lawatan tersebut merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan kerjasama strategik antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang kejuruteraan dan pembuatan.
Pusat berkenaan telah melatih lebih 1,300 perantis sejak dibuka empat tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMRC
#lawatan kerja
#London
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#University of Sheffield Advanced Manufacturing Research Centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan