awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi dijumpai di tempat wuduk masjid

Bernama
Bernama
01/09/2016
06:00 MYT
Mayat bayi dijumpai di tempat wuduk masjid
Mayat bayi yang berbalut dengan kain itu dijumpai di tempat mengambil wuduk dipercayai ditinggalkan di antara pukul 10.30 malam pada 31 Ogos hingga 5 pagi tadi. -Gambar hiasan
Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di Masjid Kampung Baru, Bentong dekat sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP S.Somu berkata mayat itu disedari oleh bilal masjid yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Subuh.
"Mayat bayi tersebut yang berbalut dengan kain dijumpai di tempat mengambil wuduk. Ia dipercayai ditinggalkan antara pukul 10.30 malam pada 31 Ogos hingga 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita.
Mayat itu telah dihantar ke Hospital Bentong.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mayat itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, ASP Ashari Abu Samah di talian 09-2222222.
Topic Berkaitan
#Bentong
#Masjid Kampung Baru
#Mayat bayi perempuan
#tempat mengambil wuduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan