awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
09:45 MYT
Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan ketika ingin memasukkan sampah ke dalam lori pada jam 10 pagi. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.
Bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui oleh sekumpulan pekerja pembersihan ketika ingin memasukkan sampah ke dalam lori pada jam 10 pagi.
Difahamkan, mayat bayi malang itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian mahu pun dibalut dengan kain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut.
"Saya mengesahkan pihak polis ada menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat bayi
#tong sampah
#jumpa bayi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan