awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dalam guni dijumpai di tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2023
00:20 MYT
Mayat dalam guni dijumpai di tepi jalan
Satu mayat ditemui dalam guni di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang pada Khamis. (Gambar kecil: Vijaya Rao)
KLANG: Satu mayat dalam guni ditemui di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penemuan itu dimaklumkan orang awam kepada polis pada jam 6.10 petang.
"Mayat yang mulai reput itu ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih.
"Keadaan mayat hanya memakai kain sarung warna biru tanpa baju. Identitinya juga masih belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mayat dipercayai mangsa bunuh itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tambah beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452.
"Orang ramai juga boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat dalam guni
#Jalan Persiaran Aman Perdana 1
#S Vijaya Rao
#Mayat mulai reput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan