awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat diikat ketulan bata: Ada bukti baharu, diklasifikasi kes bunuh

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
19/10/2019
10:03 MYT
Mayat diikat ketulan bata: Ada bukti baharu, diklasifikasi kes bunuh
Dalam kejadian Isnin lalu, satu mayat lelaki memakai seluar panjang tanpa baju dijumpai orang awam kira-kira jam 6 petang. - PDRM
Kes penemuan mayat lelaki diikat ketulan bata pada leher dan pinggang di celah kapal minyak di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang dekat sini pada Isnin lepas, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas ada bukti baharu diperoleh hasil daripada soal siasat terhadap seorang wanita sebagai saksi kes berkenaan.
"Kami telah mengklasifikasi semula kes itu sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kami telah menemubual saksi yang mendakwa melihat empat orang lelaki bergaduh dengan mangsa di atas kapal nelayan yang berlabuh di Belawai pada malam 9 Oktober lalu," katanya ketika dihubungi di sini petang Sabtu.
Menurutnya, saksi berkenaan mendakwa ada melihat pergaduhan tersebut, namun tidak melihat suspek membuang mangsa ke dalam sungai.
Katanya, terdapat empat suspek dipercayai orang asing terlibat dalam pergaduhan itu.
Tambahnya, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan mungkin sudah pulang ke negara mereka sejurus selepas kejadian
“Polis percaya wanita yang dibawa ke balai untuk soal siasat mengenali kesemua suspek dan dia mungkin mampu memberi sedikit petunjuk mengenai insiden itu,” katanya.
Sementara pada itu, Dev Kumar memberitahu, bedah siasat terhadap mayat mangsa dijangka dibuat pada 22 Oktober ini bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Dalam kejadian Isnin lalu, satu mayat lelaki memakai seluar panjang tanpa baju dijumpai orang awam yang memancing di jeti berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Mayat dalam keadaan terlungkup dalam air sungai itu djumpai di celah kapal dan terdapat beberapa ketulan bata terikat pada leher dan pinggang mangsa.
Topic Berkaitan
#jenayah
#kes bunuh
#mayat diikat batu
#PDRM
#polis
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan