awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dikerat: Warga emas didakwa bunuh wanita

Bernama
Bernama
27/02/2026
07:12 MYT
Mayat dikerat: Warga emas didakwa bunuh wanita
Piluta Samad didakwa atas pertuduhan membunuh seorang wanita dengan anggota badannya ditemukan di Sepanggar. - Foto Bernama
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dengan anggota badannya ditemukan di Sepanggar di sini, awal bulan ini.
Piluta Samad, 71, mengaku faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa membunuh Hamidah Husin@Lisa, 44, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar di sini antara 6 hingga 7 malam 11 Feb.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Tiada jaminan ditawarkan dan Majistret mengarahkan lelaki itu ditahan di Penjara Kepayan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 April bagi laporan penuh kimia, forensik, patologi dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Katamjit Singh manakala Piluta tidak diwakili peguam.
Pada 12 Feb, beberapa anggota wanita ditemukan dibuang di beberapa lokasi pembuangan sampah sekitar Indah Permai di sini.
Polis seterusnya menahan seorang lelaki warga emas dan tiga anaknya bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bunuh wanita
#kerat badan
#Sepanggar
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan