awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dua mangsa yang hilang ketika cari kepah, tiram ditemui

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2015
05:28 MYT
Mayat dua mangsa yang hilang ketika cari kepah, tiram ditemui
Mayat dua mangsa yang hilang ketika mencari kepah dan tiram di sekitar kawasan berlumpur di Sungai Tapang, Gate 7, semalam, ditemui pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Mayat dua mangsa yang hilang ketika mencari kepah dan tiram di sekitar kawasan berlumpur di Sungai Tapang, Gate 7, semalam, ditemui pagi tadi.
Mayat Khairul Lizam Zulkifli, 11 tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan Kelaboran, Tumpat, ditemui jam 10.35 pagi manakala mayat Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8 tahun, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 1 ditemui jam 8 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Bustan Karuddin ketika dihubungi memaklumkan kedua-dua mangsa ditemui sekitar 500 meter dari kawasan mereka hilang.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital tumpat untuk bedah siasat.
Semalam, empat sekawan dikatakan mencari kepah dan tiram di sungai berkenaan.
Namun dua dari mereka hilang manakala dua lagi selamat.
Mangsa yang selamat dikenali sebagai Mohd Aiman Masoho, 10, dan Fairuz Ikhwan Abdullah, 10.
Mereka dikatakan turun tengahari semalam dengan tujuan mencari kepah dan tiram yang mulai muncul di kawasan ini.
Namun mereka tidak menyedari bahawa kawasan sungai yang bersambung dengan laut ini mempunyai lumpur jerlus dan struktur dasarnya yang curam.
Topic Berkaitan
#Jumpa
#Khairul Lizam Zulkifli
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan