awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki berperwatakan wanita ditemukan di terowong laluan pejalan kaki di Tampoi

Bernama
Bernama
11/10/2023
10:31 MYT
Mayat lelaki berperwatakan wanita ditemukan di terowong laluan pejalan kaki di Tampoi
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu, kira-kira 7 pagi. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki berperwatakan wanita ditemukan di terowong pejalan kaki di Jalan Perkasa, Taman Tampoi Utama, dekat sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu, kira-kira 7 pagi.
"Pihak polis menemui mayat tersebut lengkap berpakaian wanita, dengan kesan kecederaan di kepala dan muka.
"Hasil siasatan, polis mendapati kesan kecederaan (itu) akibat terjatuh dari tebing tinggi ke laluan terowong berkenaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki berusia 30-an itu kali terakhir dilihat di sebuah kelab malam di bandar raya itu pada malam sebelum kejadian dan pihaknya masih menunggu laporan kimia untuk menentukan sama ada mangsa mabuk ketika itu.
"Kita telah menghubungi waris lelaki berkenaan untuk proses pengecaman," katanya.
Kamarul Zaman berkata alamat terakhir lelaki itu ialah di Perak dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki berperwatakan wanita
#ditemukan di terowong
#laluan pejalan kaki
#Tampoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan