awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Tasik Biru

Bernama
Bernama
20/03/2026
15:10 MYT
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Tasik Biru
Mangsa yang berketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit cerah mempunyai tatu bertulis “Ship Floss” pada bahagian bahu kiri. - Gambar hiasan
Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Tasik Biru, Kuang dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada 8.03 pagi.
Beliau berkata mangsa yang berketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit cerah mempunyai tatu bertulis “Ship Floss” pada bahagian bahu kiri.
Mohd Hafiz berkata semasa ditemukan, mangsa memakai baju berwarna coklat gelap dengan tulisan “Suppligae”, berseluar jean biru serta memakai jam tangan jenama Seiko dengan tali berwarna hijau.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette–Guerin (BCG) ditemukan pada lengan kiri si mati,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga dengan ciri-ciri itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Rosli Mohd Nor di talian 013-609 5744 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat
#Tasik Biru
#Mohd Hafiz Muhammad Nor
#tatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan