awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di Jalan Bangsar

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2020
03:41 MYT
Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di Jalan Bangsar
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam. -CCTV ITIS DBKL
KUALA LUMPUR:Seorang lelaki dijumpai mati dengan kesan tikaman di Jalan Bangsar awal pagi tadi.
Mangsa yang dipercayai berusia 30an itu ditemukan di tengah laluan di jalan tersebut pada jam 5.38 pagi oleh orang awam.
Polis mengambil tindakan menutup jalan bagi melakukan siasatan atas penemuan mayat tersebut.
Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata polis menerima panggilan memaklumkan penemuan seorang lelaki dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Jalan Bangsar, menghala ke Pantai Dalam di ibu kota.
"Siasatan lanjut forensik di tempat kejadian mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa anggota badan dipercayai menggunakan senjata tajam.
"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai si mati atau mempunyai ahli keluarga yang hilang boleh menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#Jalan Bangsar
#tanpa pengenalan diri
#Zairulnizam Mohd Zainuddin
#pusat perubatan universiti malaya
#PPUM
#Seksyen 302
#Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan