awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemui terapung di muara sungai Telaga Harbour

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2016
09:33 MYT
Mayat lelaki ditemui terapung di muara sungai Telaga Harbour
Mayat itu ditemui terlentang di atas permukaan air kira-kira 3.40 petang Jumaat dan berkemungkinan mangsa berada di dalam air lebih 24 jam berdasarkan keadaan badan mayat. - Gambar Astro AWANI
Mayat lelaki warga asing ditemui terapung di muara sungai Telaga Harbour, Pantai Kok di sini pada petang Jumaat.
Mangsa berusia dalam lingkungan 50an dengan ketinggian 193 sentimeter itu ditemui orang awam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Che Ghazali Che Awang yang dihubungi memaklumkan, mayat berkenaan dihantar polis marin ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tengah hari Sabtu untuk bedah siasat.
Jelasnya, mayat itu ditemui terlentang di atas permukaan air kira-kira 3.40 petang Jumaat dan berkemungkinan mangsa berada di dalam air lebih 24 jam berdasarkan keadaan badan mayat.
Katanya, berdasarkan ukuran ketinggian, mayat dipercayai warga asing.
Ujarnya, polis kini sedang menyemak laporan mengenai orang hilang bagi mengenalpasti identiti mangsa.
Sehubungan itu, Che Ghazali meminta orang awam yang mengetahui kejadian atau pun kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi balai polis terdekat.
Topic Berkaitan
#dr che ghazali che awang
#Hospital Sultanah Bahiyah
#mayat
#pantai kok
#telaga harbour
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan