awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Batang Rajang

Bernama
Bernama
09/04/2025
13:00 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung di Batang Rajang
Tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan sewaktu ditemukan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
SIBU: Pasukan Polis Marin Sibu menemukan mayat seorang lelaki yang terapung di Batang Rajang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan sewaktu ditemukan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki dengan anggaran ketinggian kira-kira lima kaki (1.52 meter) dan berkepala botak. Tiada tanda-tanda lain ditemukan pada tubuh mangsa. Turut ditemukan seutas rantai benang berwarna merah pada leher mangsa," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan, tanda-tanda berlaku pergelutan atau pergaduhan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan keluarga boleh menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Insp Donny Lai di talian 084-211221," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#Batang Rajang
#polis
#Sibu
#dokumen pengenalan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan