awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki maut dipercayai dipukul isteri ada kesan ikatan di kaki, tikaman

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
15/07/2022
08:41 MYT
Mayat lelaki maut dipercayai dipukul isteri ada kesan ikatan di kaki, tikaman
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengusung mayat seorang lelaki ditemui mati dipercayai dipukul isterinya di Flat Nipah, Taman Daya pagi tadi. - Foto BERNAMA
BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki yang ditemukan maut di Flat Nipah, Taman Daya Johor Bahru pada Jumaat, didapati mempunyai kesan ikatan di kaki dan pukulan serta tikaman pada tubuh mangsa.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil pemeriksaan di dalam rumah mangsa juga menemukan kesan penagihan dadah dipercayai jenis syabu berserta peralatan menagih.
Susulan itu, polis telah menahan isteri mangsa yang berusia 35 tahun ketika cuba melarikan diri, hanya beberapa ratus meter dari lokasi kejadian.
"Mayat didapati ada kesan pukul dan tikam sebagainya. Daripada mayat yang kita jumpai di dalam rumah tersebut. pihak polis telah menahan isteri mangsa yang dipercayai keluar lari daripada rumah lebih beberapa ratus meter dari blok 11,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Yong Peng di sini pada Jumaat.
BACA: Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya
Menurut Kamarul Zaman lagi, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif utama kes pembunuhan tersebut dan pekerjaan pasangan suami isteri tersebut.
Jenayah | Lelaki maut dipercayai dipukul isteri
Terdahulu, seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya di Flat Nipah Taman Daya di sini dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, anak mangsa yang berada di rumah berkenaan adalah saksi utama kejadian dan isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#maut dipukul isteri
#yong peng
#tikaman
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan