awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat mangsa lemas di Keningau ditemui di Tenom

Bernama
Bernama
30/05/2017
09:23 MYT
Mayat mangsa lemas di Keningau ditemui di Tenom
Mayat Daibet Juan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 10.05 pagi dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Pegalan di sini Sabtu lepas, ditemukan di sungai berkenaan berhampiran Jambatan Binai, Tenom, kira-kira 42km dari sini, pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mayat Daibet Juan, 48, dari Kampung Dangulad, Keningau, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 10.05 pagi dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi Sabtu lepas, mangsa bersama dua lagi sedang menyeberangi sungai itu selepas selesai memetik rebung.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan, Datuk Sairin Karno mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta mereka supaya bersabar menghadapi dugaan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arus deras
#Keningau
#mayat
#Sabah
#Sairin Karno
#Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan