awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2025
05:02 MYT
Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan pada jarak 10 meter dari lokasi dipercayai terjatuh di sungai berkenaan.- Foto Astro AWANI
PENDANG: Mayat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh bersama motosikalnya ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar di sini ditemui lemas, pada Isnin.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa, Nur Haidhar Nasrul, 17, ditemukan pada jam 11.18 pagi.
Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jitra melakukan selaman pertama di lokasi pada jam 10.34 pagi dan kedua pada jam 11.01 pagi.
"Bagaimanapun pada selaman ketiga dilakukan sejurus selepas itu berjaya menemui mangsa di dasar sungai pada jam 11.18 pagi.
"Mangsa ditemui pada jarak 10 meter dari lokasi dipercayai terjatuh di sungai berkenaan.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi pada Isnin.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Padang Terap, Chegar di sini petang Ahad.
Bagaimanapun motosikal mangsa ditemui di sungai berkenaan ketika operasi pencarian dilakukan sejurus pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada jam 7.16 malam.
Topic Berkaitan
#mayat pelajar ditemui
#jatuh sungai
#Pendang
#bomba kedah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan