awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat remaja lemas ditemui

Bernama
Bernama
05/12/2017
03:58 MYT
Mayat remaja lemas ditemui
Mayat remaja berkenaan ditemui pasukan penyelamat pada 1.45 pagi tadi. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas di kawasan rekreasi, Paya Biru, di Felda Lok Heng Selatan dekat Kota Tinggi, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata mayat Muhammad Faez Salahuddin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 2, di sini, ditemui pasukan penyelamat pada 1.45 pagi tadi.
"Terdahulu, Muhammad Faez dilapor hilang dan dipercayai lemas kira-kira jam 4 petang semalam ketika mandi di kawasan tersebut bersama tujuh rakan lain," katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Ahsmon berkata usaha mencari dan menyelamat Muhammad Faez kemudian digerakkan anggota polis dari Balai Polis Bandar Penawar serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Beliau berkata keadaan semasa di tempat kejadian didapati berarus deras akibat hujan.
Topic Berkaitan
#air
#bomba
#Felda
#hilang
#Kota Tinggi
#lelaki
#lemas
#mayat
#pelajar
#polis
#remaja
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan