awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal gandingan baharu Soraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
PM Anwar ucap takziah atas pemergian Karam Singh Walia
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat reput ditemui dalam gulungan karpet merah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/05/2019
14:09 MYT
Mayat reput ditemui dalam gulungan karpet merah
Menurut polis, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.
Polis menemui satu mayat yang dibalut dengan karpet, dipercayai lelaki, di lereng bukit kawasan hutan berdekatan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Lah, Chenderiang, di sini, pada Selasa.
Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu, dijumpai selepas polis menerima maklumat orang awam mengenai bau busuk dari kawasan berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemeriksaan mendapati keadaan mayat yang masih berpakaian itu hampir reput dan dibalut dengan karpet berwarna merah.
Menurutnya, bahagian kepala mayat itu hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan pula masih berisi, namun telah berulat.
“Mayat itu disyaki lelaki, dianggarkan berumur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun tetapi tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat atau kawasan sekitar,” katanya di sini pada Rabu.
Menurut Wan Azharuddin, mayat dijumpai di kawasan hutan kebun sawit yang tidak diusahakan yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama.
Tambahnya, tiada sebarang penempatan atau rumah kongsi di kawasan sekitar.
“Jalan ke tempat di mana mayat dijumpai juga hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki kerana keadaan laluan yang berbukit,” ujarnya.
Mayat dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat yang dijadualkan pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Chenderiang
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Kampung Sungai Lah
#karpet merah
#mayat reput
#mayat yang dibalut karpet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan