awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat subkontraktor lelaki ditemukan terapung

Bernama
Bernama
23/02/2026
01:13 MYT
Mayat subkontraktor lelaki ditemukan terapung
Pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa. - Gambar ihsan IPD Pontian
Seorang subkontraktor lelaki yang terjatuh dari bot ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya di Jeti Bumbung Biru, Tanjung Ayer Hitam dekat Kayu Ara Pasong, Pontian pagi semalam, ditemukan meninggal dunia malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Mion Hussein berkata, mayat Tan Siang Fook, 55, ditemukan terapung di permukaan air di sebelah tebing kiri menghala ke Pontian Besar, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, pada kira-kira 10.30 malam.
"Mayat mangsa itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan, Mohamad Azwan Abdul Aziz, yang turut membantu operasi mencari bersama rakan-rakannya dengan menaiki bot bermula sekitar 9.30 malam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Ayer Hitam dan pemeriksaan lanjut mendapati kad pengenalan dirinya dijumpai di dalam beg pinggang yang dipakai.
Hazrat Mion berkat,a mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Pontian untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan Polis Diraja Malaysia dari IPD Pontian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Kementerian Kesihatan dengan kehadiran penduduk kampung di sekitar kawasan jeti.
Semalam, Hadzrat Mion memaklumkan, Tan dipercayai lemas ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya, Chong Hao Chen, 9, dan ketika kejadian, mangsa menaiki sebuah bot berenjin 20 kuasa kuda yang disewa sekitar 8 pagi.
Beliau berkata, bot itu dipercayai melanggar sebatang kayu yang melintang di laluan air sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai, kira-kira 800 meter dari jeti.
Katanya, anak angkat mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot serta menyaksikan kejadian itu, dan semasa insiden berlaku, kedua-duanya tidak memakai jaket keselamatan.
Terdahulu, kes itu tular di Facebook bahawa kanak-kanak itu telah ditemukan oleh orang awam di sebuah lokasi dan warisnya sedang dicari.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat terapung
#subkontraktor
#Jeti Bumbung Biru
#jatuh bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan