awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita disyaki mangsa bunuh ditemukan di Jalan Papar -Beaufort

Bernama
Bernama
11/08/2020
15:32 MYT
Mayat wanita disyaki mangsa bunuh ditemukan di Jalan Papar -Beaufort
Mayat seorang wanita disyaki mati dibunuh telah ditemukan di tepi jalan di Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort. -Gambar hiasan
Mayat seorang wanita disyaki mati dibunuh telah ditemukan di tepi jalan di Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Papar DSP Batholomew Ak Umpit berkata mayat mangsa ditemukan oleh seorang pemandu lori yang melalui jalan berkenaan pada jam 9.30 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Beliau berkata mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan hidungnya berdarah serta terdapat beberapa kesan luka pada tubuhnya.
"Berdasarkan siasatan pihak polis terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Batholomew berkata mangsa dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an. Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau mempunyai pertalian dengan mangsa diminta tampil ke Ibu Pejabat Daerah Papar untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibunuh
#Jalan Papar-Beaufort
#mati
#mayat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan