awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2026
06:32 MYT
Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai
Mayat wanita ditemui terapung di sungai dalam kejadian di Alor Setar pada pagi Rabu - Foto tular
Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam sungai berhampiran Masjid Seberang Pumpong di sini dalam kejadian kira-kira jam 8.27 pagi pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, anggota di Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan kecemasan MERS 999 yang memaklumkan penemuan berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati wanita berkenaan mempunyai tiga anak lelaki yang kini dijaga bekas suami di Kulim.
“Temu bual dengan waris iaitu bapa mangsa memaklumkan wanita berkenaan bekerja sebagai jururadiografi di sebuah klinik di Jitra.
“Mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit mental dan masih menerima rawatan,” katanya.
Syed Basri berkata, maklumat diperoleh memaklumkan kali terakhir mangsa bersama keluarga ialah pada jam 7.31 malam Selasa ketika berbuka puasa.
Bagaimanapun, katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemukan sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah,” katanya.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kota Setar
#penemuan mayat
#Seberang Pumpong
#siasatan polis
#PDRM
#kes tempatan
#jururadiografi
#kematian sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan