awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita tidak berpakaian, tangan terikat ditemukan di Seri Kembangan

Bernama
Bernama
29/10/2025
20:45 MYT
Mayat wanita tidak berpakaian, tangan terikat ditemukan di Seri Kembangan
Mangsa juga memakai subang perak di kedua-dua telinga serta gelang kain berwarna hijau dan merah serta mempunyai tatu di tangan kanan.
SERDANG: Mayat seorang wanita tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat ditemukan berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam sekitar 3.45 petang, memaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan.
"Pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang wanita, warganegara belum dapat dipastikan dengan ketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu dan berkuku panjang.
"Mangsa juga memakai subang perak di kedua-dua telinga serta gelang kain berwarna hijau dan merah serta mempunyai tatu di tangan kanan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mohamad Farid meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerusi talian 03-8074 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#tangan terikat
#Blue Water Estate
#Muhamad Farid Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan