awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Negeri Sembilan, Aminuddin Harun positif COVID-19

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/02/2022
06:03 MYT
MB Negeri Sembilan, Aminuddin Harun positif COVID-19
Aminuddin akan menjalani tempoh isolasi sebagai individu yang telah menerima dos penggalak mengikut ketetapan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Gambar fail
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diarah menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19. 
 Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataannya memaklumkan, beliau akan menjalani tempoh isolasi sebagai individu yang telah menerima dos penggalak mengikut ketetapan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 “Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen. 

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Isnin, 21 Februari 2022,” kata kenyataan itu. 
 Tambah kenyataan tersebut, Aminuddin bagaimanapun akan kekal memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi. 
 “Marilah kita sama-sama mendoakan, semoga beliau dan setiap individu yang dijangkiti wabak COVID-19 ketika ini segera dikurniakan kesembuhan dan seterusnya dapat kembali menjalani rutin harian seperti sediakala,” tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#positif COVID-19
#isolasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan